Lawatan Penandaarasan Program Anugerah IPT Bebas Denggi dari Politeknik Kota Bharu

     

    5 Mac 2024 - UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menerima kunjungan dari Politeknik Kota Bharu bagi sesi Lawatan Penandaarasan Program Anugerah IPT Bebas Denggi. Lawatan itu diketuai oleh Encik Norhelme Padeli, Pengarah Program IPT Bebas Denggi Politeknik Kota Bharu bersama 11 orang wakil, dan disambut mesra oleh Puan Alfina Bakar, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Selangor.

    Lawatan ini diadakan bagi mendapatkan pandangan, khidmat nasihat dan penanda aras melalui kejayaan UiTM Cawangan Selangor dalam pertandingan IPT Bebas Denggi pada tahun 2023.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000