Program Kutip Sampah sambil Riadah (KUDAH) Pra-Ramadhan 1445H

 

9 Mac 2024 - UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah menyertai Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) Pra-Ramadhan 1445H anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Persatuan Sahabat Sungai Malaysia (FORM). Program KUDAH dianjurkan sebagai satu aktiviti mendekatkan diri dengan alam sekitar, dan gaya hidup sihat secara rohani dan jasmani.

Kumpulan UCS yang terdiri daripada 45 orang pelajar dari Kampus Puncak Alam dan Kampus Dengkil dan 2 orang pegawai pengiring telah diketuai oleh YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor HEP, mewakili Rektor. Turut hadir memberi sokongan adalah YBrs. Profesor Ahmad Farid Abidin@Bharun, Pengarah Pusat Asasi, bersama YBrs. Encik Mahadi Kamaludin, Timbalan Pengarah HEP & iCAN Pusat Asasi.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000