Jemputan Majlis Iftar Jamaie bersama Pengurusan Masjid Puncak Alam dan Puncak Niaga Holdings Berhad

 

30 Mac 2024 - Penghargaan kepada Masjid Puncak Alam dan Permuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam (4PA) yang sudi mengundang UiTM Cawangan Selangor (UCS) ke Iftar Jamaie bersama pengurusan Masjid Puncak Alam dan Puncak Niaga Holdings Berhad. Menyantuni majlis yang dihadiri YBhg. Dato’ Mat Hairi Ismail, Pengarah Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad mewakili pengerusi Masjid Puncak Alam adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman bersama wakil pengurusan UCS.

Masjid Puncak Alam bukan sahaja menyediakan juadah berbuka kepada masyarakat setempat setiap hari disepanjang bulan Ramadan, malah moreh dan juga sahur. Majlis seumpama ini memberi peluang kepada UCS untuk lebih mengenali dan mendekati komuniti terdekat Kampus Puncak Alam, sekaligus menunjukkan sokongan positif UCS terhadap aktiviti komuniti yang juga terdiri daripada pelajar NR UCS.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000