Majlis Khatam Al-Quran dan Program Tadarus Al-Quran UiTM Cawangan Selangor

 

1 April 2024 - Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran, sebagai penutup program tadarus yang berlangsung sempena bulan Ramadan, bermula pada 12 Mac 2024 sehingga 29 Mac 2024.

Program tadarus Al-Quran telah melibatkan lebih 200 orang peserta terdiri daripada staf UCS Kampus Puncak Alam dan Kampus Sungai Buloh. Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS yang mengetuai majlis khatam, dan turut menyempurnakan penyerahan cenderamata kepada peserta tadarus.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000