Sesi Townhall dan Ramah Mesra Rektor bersama Pengetua, Staf Residen Kolej dan Polis Bantuan

     

    23 April 2024 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah mengambil inisiatif menganjurkan sesi Townhall dan Ramah Mesra Rektor Bersama Pengetua, Staf Residen Kolej Dan Polis Bantuan.

    Sesi yang dijalankan secara soal jawab itu memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat untuk bertukar pandangan, berkongsi idea, dan menyusun strategi bagi memperkukuhkan lagi kualiti pengurusan kolej dan keselamatan kampus UCS. YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS dalam ucapannya menegaskan bahawa keselamatan dan keamanan pelajar dan warga kampus adalah keutamaan bagi pihak pengurusan UCS. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menggalas amanah itu.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000