25 April 2024 - Penghargaan kepada YB Tuan Ng Sze Han, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor atas kesudian menerima kunjungan dan bermesyuarat bersama wakil UiTM. Mesyuarat turut dihadiri wakil Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Smart Selangor Delivery Unit dan Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation.
Perbincangan ini merupakan usaha dan inisiatif UiTM Cawangan Selangor (UCS) untuk memohon perkhidmatan pertambahan bas Smart Selangor dan laluan baharu di Kampus Puncak Alam dan Shah Alam. Sebagai pihak yang sentiasa menitik beratkan aspek kebajikan dan keselesaan para pelajar, pengurusan UCS sentiasa berusaha untuk mengekalkan dasar ini bersesuaian dengan kemampuan yang ada.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat