8 Mei 2024 – UiTM Cawangan Selangor (UCS) berbesar hati menerima kunjungan 'Lawatan Penanda Aras Pascasarjana dan Fakultas Tarbiyah Dan Keguruan Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Gunung Djati Bandung'. Kumpulan delegasi telah dibawa melawat Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Puncak Alam dan Fakulti Pendidikan.
Mewakili Rektor UCS, YBrs. Profesor Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) dan barisan pengurusan UCS hadir menyantuni 57 orang tetamu dalam sesi lawatan itu. Dalam ucapannya, beliau turut menyatakan hasrat UCS agar jalinan hubungan dan kerjasama antara dua institusi ini membawa keberhasilan akademik serta penyelidikan yang lebih positif hasil kunjungan ini.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat