Program Sahsiah Muttaqin Siri.1/2024

     

     

    29 Jun 2024 - Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor (UCS) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor, Permuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam, Masjid Puncak Alam dan Unit Pengurusan Kolej Non Residen berjaya menganjurkan Program Sahsiah Muttaqin Siri.1/2024 dengan disertai seramai 100 orang pelajar.

    Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang ciri-ciri peribadi mulia berpandukan sahsiah muttaqqin yang perlu dihayati dan diamalkan oleh mahasiswa, memupuk semangat kebersamaan dalam melaksana tanggungjawab ke arah Amal Makruf Nahi Mungkar, serta mempelajari sensitiviti hidup bermasyarakat dan semangat kejiranan yang perlu dititikberatkan demi menjaga nama baik UiTM.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000