Program Kuliah Maghrib Khas dan Doa Munajat Peperiksaan Akhir

 

 

5 Julai 2024 - Program Kuliah Maghrib Khas dan Doa Munajat Peperiksaan Akhir bagi Semester Mac-Ogos 2024 telah berjaya dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Harmoni, Jawatankuasa Perwakilan Kolej serta Persatuan-persatuan Dalaman UiTM Cawangan Selangor (UCS).

Program berkala ini dianjurkan bagi persediaan kerohanian mahasiswa mahasiswi UCS dalam menghadapi peperiksaan akhir. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program termasuklah solat hajat berjemaah, ceramah sempena menyambut Maal Hijrah dan Qiamulail. Hadir merasmikan program adalah YBrs. Prof. Madya Ts. Dr Sabaianah Bachok, Pengerusi Gabungan Pengetua UCS, mewakili Rektor UCS. Pengurusan UCS mendoakan kejayaan dan kesejahteraan, serta mengharapkan mahasiswa mahasiswi UCS memperoleh kejayaan yang cemerlang.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000