Program Pengurusan Jenazah

     

    17 Julai 2024 - Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor (UCS) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor telah berjaya menganjurkan Program Pengurusan Jenazah yang disertai oleh seramai 80 orang peserta. Program dimulakan dengan sesi perkongsian daripada Ustaz Afif Izwan berkaitan tatacara pengurusan jenazah dan disusuli dengan praktikal pengurusan jenazah.

    Hadir merasmikan program adalah Al Fadhil Ustaz Haji Lufti Fauzi Haji Sabari, Ketua Unit Hal Ehwal Islam, UCS. Unit Hal Ehwal Islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan kerjasama dan staf yang terlibat menjayakan program ini, serta berharap agar kebersamaan dalam menjayakan program seumpama akan diteruskan pada masa akan datang.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000