Sesi Kunjungan Hormat Delegasi UiTM Cawangan Selangor (UCS) ke Pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI)

 

19 Julai 2024 - Satu sesi Kunjungan Hormat Delegasi UiTM Cawangan Selangor (UCS) ke pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) telah diadakan hari ini bagi bertemu dengan Encik Ahmad Azri bin Zainal Nor, Ketua Yayasan Menteri Besar Incorporated (MBI). Kunjungan yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Badrul Isa, Timbalan Rektor HEP ini bertujuan menyampaikan hasrat kolaborasi sinergi di antara UCS dan MBI bagi Kejohanan Silat Tempur Terbuka Antarabangsa 2024.

Pertemuan ini di sambut baik oleh pihak MBI untuk menjadi rakan kolaborasi penganjuran kejohanan yang bakal dianjurkan pada 7 hingga 10 November 2024 di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000