Kursus Pengurusan Dokumen Terperingkat

 

30 Julai 2024 - Kursus Pengurusan Dokumen Terperingkat anjuran Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) dengan kerjasama Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah diadakan di Bilik Seminar PTAR melibatkan 55 orang peserta yang terdiri daripada staf pentadbiran kampus, fakulti serta COE di UiTM Cawangan Selangor (UCS). Ucapan aluan telah disampaikan oleh Puan Alfina Bakar K.M.N, CHRM, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan UCS.

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Nurul Adha Yahya, Penolong Pengarah dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (KPKK/CGSO) Negeri Selangor. Kursus ini bertujuan memperkasa pengetahuan serta meningkatkan kompetensi Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dalam mengurus dokumen terperingkat jabatan dengan lebih berkesan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000