Gema Merdeka UiTM Cawangan Selangor

 

2 Ogos 2024 - Kampus Puncak Perdana UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah menganjurkan Gema Merdeka UCS. Program Mauizah itu telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Hasan yang menyentuh tentang makna kemerdekaan menurut perspektif Islam. Hadir menyantuni majlis adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS dan ketua-ketua unit bersama lebih 40 orang warga kampus.

Isi ceramah yang padat dan penuh pengajaran memberikan pemahaman yang mendalam kepada tentang erti sebenar kemerdekaan yang bukan sahaja terbatas kepada pembebasan fizikal, tetapi juga pembebasan jiwa dan minda daripada belenggu kejahilan dan kekufuran, sekaligus menanamkan semangat cintakan negara dengsn nilai-nilai murni yang seharusnya menjadi pegangan setiap warga UCS.

UHEI, UiTM Cawangan Selangor

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000