20 Ogos 2024 - Kursus Inventori Personaliti Warna (IPW) Siri 2 anjuran Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) telah diadakan di Dewan Anggerik Sari, UiTM Kampus Puncak Alam melibatkan 48 orang peserta yang terdiri daripada staf pentadbiran UiTM Cawangan Selangor (UCS). Kursus ini merupakan kesinambungan daripada Kursus Inventori Personaliti Warna (IPW) Siri 1 yang telah mendapat maklumbalas yang baik dari peserta.
Hadir menyantuni para peserta dan menyampaikan ucapan aluan adalah Puan Alfina Bakar K.M.N, CHRM, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan UCS. Kursus yang dikelola oleh Cik Nurfatihah Aziz, Pegawai Psikologi Kanan, Pusat Kerjaya dan Kaunseling, UiTM Shah Alam ini adalah bertujuan untuk membantu staf membina identiti jenama diri, meningkatkan keyakinan dan keterampilan diri. Kursus ini juga diharap dapat meningkatkan semangat kerja berpasukan di kalangan warga kerja UCS.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat