Pameran Merdeka @ PTARUCS

     

     

    Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor, Perpustakaan Tun Abdul Razak UCS turut mengadakan Pameran Merdeka @ PTARUCS.

    Pameran ini akan berlangsung sehingga 16 September 2024 di ruang utama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Pameran yang menghimpunkan imej-imej tokoh-tokoh negarawan yang pernah menabur bakti untuk pembangunan dan kemakmuran negara Malaysia bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotisme di kalangan warga UCS. Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke pameran ini di PTAR Kampus Puncak Alam.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000