Majlis Kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor

 

 

12 September 2024 - Majlis Kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor telah berjaya dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Selangor. Majlis turut membawa pengisian ceramah Jiwa Patriotik Merdeka yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Abdul Razak Hj. Mohd Yusoff, Mantan Timbalan Ketua Polis Negeri Pahang dan Mantan Komander 69 Komando PGK PDRM.

Simbolik penutup Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 UCS telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, yang dalam ucapannya turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada warga UCS yang telah bekerjasama sepanjang tempoh lebih sebulan penganjuran sambutan dengan menjayakan 23 aktiviti melibatkan PTJ merentas jabatan, fakulti dan kampus. Semoga dengan sempurnanya semua aktiviti yang dirancang telah menyemai semangat patriotisme, jati diri dan kecintaan kepada negara dari jiwa-jiwa warga UCS.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000