Program ASiD Motivator Competition

 

 

12 Oktober 2024 - Unit Kerjaya dan Kaunseling, Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil bersama kerjasama Kelab PEERS telah menganjurkan program ASiD Motivator Competition dengan jayanya. Pertandingan yang disertai oleh 50 orang pelajar ini bertujuan melahirkan ikon motivasi dalam kalangan belia selain memilih wakil motivator muda daripada UiTM ke program IPT Young Motivator Competition (i-MAC) peringkat kebangsaan untuk seluruh Asasi dan Matrikulasi.

Hadir menyampaikan hadiah adalah YBrs. Profesor Ir. Dr Ahmad Farid Abidin@Bharun, Pengarah Pusat Asasi, bersama En. Mahadi Kamaludin, Timbalan Pengarah HEP dan ICAN, serta En. Norhisham Ya’cob merangkap penasihat kelab bagi pertandingan. Pertandingan ini telah menyaksikan saudara Muhammad Iman Hadif Mohd Yusri daripada Asasi Undang-Undang muncul sebagai juara. Tahniah kepada semua pemenang dan peserta pertandingan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000