Kursus Pengurusan Acara, Protokol dan Pengurusan Media Siri 2

     

    16 Oktober 2024 - Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Acara, Protokol dan Pengurusan Media Siri 2. Kursus ini bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan serta aplikasi di dalam pengurusan majlis yang lebih baik dengan mengikut ketetapan dan garis panduan protokol.

    Kursus yang berlangsung di Dewan Anggerik Sari, Kampus Puncak Alam ini telah disertai seramai 68 orang peserta dari Kampus Puncak Alam, Kampus Sungai Buloh, Kampus Puncak Perdana dan UiTM Shah Alam. Kursus telah dikendalikan oleh Encik Akmal Adanan, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, UiTM Alor Gajah, Melaka.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000