EcoPharma@UiTM Cawangan Selangor 2024

     

     

    19 Oktober 2024 - Fakulti Farmasi UiTM dengan kolaborasi bersama rakan strategik, Alpro Pharmacy dan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, Cawangan Penggunaan Ubat Berkualiti, Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya menganjurkan EcoPharma@UiTM Cawangan Selangor 2024 bertempat di Masjid Puncak Alam.

    Program yang dirasmikan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS ini dianjur bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai kaedah dan amalan yang betul untuk menguruskan ubat-ubatan dan mengendalikan sisa farmaseutikal. Hadir sama adalah wakil Majlis Permuafakatan Penduduk Bandar Puncak Alam, Institute of Continuing Education and Profesional Studies (ICEPS), Aafiyat Holdings dan Pfizer yang turut memberi sokongan kepada program ini. Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan agar dapat memberi inspirasi kepada semua pihak untuk terus mengukuhkan kerjasama demi pembangunan kesihatan awam dan alam sekitar.

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000