19 Oktober 2024 - Sidang Parlimen Mahasiswa UiTM Cawangan Selangor Penggal Ke-3 telah berjalan dengan jayanya. Sidang ini berjaya menghimpunkan suara mahasiswa dalam perbahasan yang dinamik dan bermakna dengan disertai oleh 56 orang ahli perwakilan dan 36 orang Sekretariat Parlimen Mahasiswa.
Hadir bagi sesi penggulungan sidang perbahasan usul adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS, yang turut menyempurnakan pelantikan ahli Jawatankuasa Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPJPP) dan menerima penyerahan buku resolusi Persidangan Parlimen Mahasiswa Penggal Ke-3. Setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua perwakilan, sekretariat dan penganjur sidang. Semoga usaha membudayakan kepimpinan dan intelektual mahasiswa UCS terus dipupuk bagi melahirkan pemimpin masa hadapan yang cemerlang.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat