Memorandum Persefahaman (MOU) dan Perjanjian Kerjasama (MOA) UiTM bersama Green Leaf Consultancy (GLC)

 

 

25 Oktober 2024 - UiTM dan Green Leaf Consultancy (GLC) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian kerjasama (MoA) untuk tempoh tiga tahun di Pejabat Canseleri UiTM Shah Alam. Kerjasama ini merupakan inisiatif Pusat Asasi UiTM yang diketuai oleh En. Syazuan Abd. Latip dari Unit Fizik dan disokong oleh Unit ICAN.

Majlis dihadiri oleh Penolong Naib Canselor (PNC) Kolej Alam Bina, Prof. Madya Ts. Dr. Hajah Emma Marinie Ahmad Zawawi, Pengarah Pusat Asasi UiTM Dengkil, Prof. Ir. Dr. Ahmad Farid Abidin@Bharun, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) & ICAN, En. Mahadi Kamaludin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLC, En. Redza Abdul Malek. Ketua Eksekutif Operasi (COO), En. Hamzah Saidun dan En. Mohamed Abd. Samad selaku Ketua Bahagian (HOD) Agri Sumber Prestari Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh Sime Darby (SD) Guthrie Bhd). Diharapkan kolaborasi ini akan menyokong inovasi penyelidikan dalam sektor sawit dan memberi manfaat kepada staf dan pelajar melalui latihan industri serta projek komuniti yang mendalam.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000