Invention Innovation & Design Exposition 2024 (IIDEX2024)

     

     

    8 November 2024 - Sekalung tahniah diucapkan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) atas penganjuran Invention Innovation & Design Exposition 2024 (IIDEX2024). Acara berprestij kali ini juga turut menyaksikan penglibatan Business Innovation & Technology Commercilization Centre (BITCOM) dengan penganjuran biz.spotlight2.0, serta Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM yang menganjurkan Disability Invention, Design & Innovation Award (DIDI2024). UiTM Cawangan Selangor berbesar hati dapat bekerjasama bagi penganjuran kali ini yang diadakan di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.

    Perasmian penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato Haji Mohammad Yusof Bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YB Tuan Danial Al-Rashid Bin Haron Aminar Rashid, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, YBrs. Profesor Ts. Dr. Nor Azah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan Dan Inovasi, YBrs. Encik Noorliyadi Raja Husain@Nik Idris, Head Business Corporate, Deposit And Cards, Wakil Bank Islam Berhad Malaysia, YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBrs. Cik Junita Binti Jamaludin, Bendahari UiTM, serta YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Roslinda Alias (CDMP), Pengarah Bahagian Perkhidmatan Dan Pembangunan OKU UiTM (U-DserveD). Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua para pemenang.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000