Sesi Lawatan Kunjung Balas UiTM Cawangan Selangor ke Affin Bank TRX, Kuala Lumpur

     

     

    25 November 2024 – Satu sesi Lawatan Kunjung Balas UiTM Cawangan Selangor ke Affin Bank telah diadakan di Menara Affin, TRX, Kuala Lumpur. Kunjungan turut disempurnakan dengan sesi mesyuarat Jawatankuasa Kompleks At-Tijarah yang dipengerusikan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman.

    Hadir sama adalah barisan pengurusan kanan UiTM Cawangan Selangor serta wakil pihak Affin Bank. Antara agenda yang dibincangkan adalah pengurusan dan pembaikan pembangunan serta perancangan untuk meningkatkan penjanaan sewa ruang. Diharap hasil kunjungan dan mesyuarat yang diadakan dapat membawa kebaikan bersama bagi kedua-dua pihak.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000