5 Disember 2024 - Tahniah Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Perakaunan 2023/2024 dan Association of Bachelor of Accountancy Students (ABACCS) Fakulti Perakaunan atas penganjuran “Mini FACT Open Day x Finishing School”. Program dijayakan bertujuan memperkukuhkan hubungan antara pelajar dan pihak industri, serta memberi inspirasi kepada pelajar dalam merancang masa depan kerjaya mereka.
Hadir menyempurnakan perasmian penutup program adalah YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr Mohamad Hafiz Mamat, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi, mewakil Rektor UiTM Cawangan Selangor.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat