Program Pendidikan Interaktif

     

     

    16 Disember 2024 – Program anjuran Kelab Inovasi Lestari dan Pembangunan Komuniti di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar UCS dengan kerjasama Fakulti Farmasi UiTM, MaReG dan Jawatankuasa PIBG Biro Akademik SK Puncak Alam 2 telah menjayakan Alam & Kreativiti: Program Pendidikan Interaktif. Program ini diadakan bertujuan memupuk kesedaran generasi muda terhadap kelestarian alam sekitar melalui pendekatan kreatif dan interaktif.

    Hadir menyempurnakan perasmian mewakili YBrs. Professor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS, adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Haidzir Abd Manaf, Penolong Rektor Kampus Sungai Buloh. Program telah melibatkan hampir 500 pelajar Tahap 2 dan 50 pelajar pendidikan khas Tahap 1, yang diberikan pendedahan praktikal mengenai pengurusan sisa dapur dan penghasilan produk lestari. Kejayaan penganjuran program ini diharapkan menjadi inspirasi untuk diperluaskan ke sekolah-sekolah lain, menyemai semangat kelestarian dalam kalangan generasi muda dan melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap masa depan planet kita.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000