Program Eksplorasi Rukun Negara

     

     

    19 Januari 2025 - Program Eksplorasi Rukun Negara yang bertemakan “Meningkatkan Pemahaman dan Perpaduan Masyarakat Muda” berjaya dianjurkan oleh Sekretariat Rukun Negara UiTM Cawangan Selangor, dan telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Hajjah Rohaida Abdul Kadir, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor.

    Turut hadir adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor dengan diiringi oleh barisan pengurusan kanan. Program ini merupakan aspirasi Kementerian Perpaduan Negara dalam memupuk dan meningkatkan kesedaran golongan muda mengenai prinsip-prinsip Rukun Negara dan peranan pentingnya dalam membina masyarakat yang bertanggungjawab dan harmoni. Selain mahasiswa daripada UiTM, program ini turut berjaya menghimpunkan mahasiswa IPTA dan IPTS di Negeri Selangor.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000