20 Januari 2025 - Bengkel Winning Proposal Writing Workshope for YPASM Grant 2025 anjuran Research Nexus UiTM (ReNeU) - Health & Wellness telah berlangsung dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, UiTM Cawangan Selangor. Bengkel ini dianjurkan bertujuan memperkukuhkan penyediaan proposal yang berkualiti, tetapi juga untuk menggalakkan kolaborasi antara ahli akademik bagi menghasilkan penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat dan dunia.
Bengkel yang disertai penyelidik UiTM Cawangan Selangor dan UiTM Shah Alam ini turut dihadiri oleh YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Mohamad Hafiz Mamat, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi, UCS mewakili Rektor. Bengkel ini merupakan platform penting untuk membimbing para pensyarah UiTM dalam menyediakan proposal geran yang strategik dan berdaya saing bagi permohonan Geran YPASM (Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan). Ia merupakan satu peluang besar untuk memajukan penyelidikan yang inovatif, khususnya dalam bidang-bidang yang menyokong pembangunan lestari dan penyelesaian kepada isu global.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat