Taklimat Audit Pematuhan Tadbir Urus dan Pengurusan Mesyuarat UiTM Cawangan Selangor (APTUm)

     

     

    26 Februari 2025 – Sesi Taklimat Audit Pematuhan Tadbir Urus Dan Pengurusan Mesyuarat UiTM Cawangan Selangor (APTUm) dan serahan surat pelantikan sebagai auditor APTUm UCS kepada auditor telah berlangsung. Pelaksanaan APTUm UCS yang diluluskan dalam Mesyuarat JKEN UCS bil. 35 pada 13 Februari 2025 bertujuan menyemak dan menilai proses tadbir urus bagi jawatankuasa di peringkat operasi dan feeder serta mengenal pasti proses dan amalan teladan (best practices) yang dilaksana di PTJ dalam pelaksanaan tadbir urus dan pengurusan mesyuarat.

    Taklimat telah disampaikan oleh Puan Alfina Bakar, K.M.N., CHRM, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan merangkap Ketua Auditor bagi APTUm UCS. APTUm UCS akan dilaksanakan bermula pada bulan Mac hingga April 2025.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000