27 Februari 2025 - Majlis Penyerahan Tawaran Sebutharga Ruang Niaga Kampus Puncak Alam telah diadakan bagi penawaran kontrak, selaras dengan kekosongan ruang niaga yang tersedia. Majlis menyaksikan penyerahan surat tawaran kepada peniaga terpilih yang disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Mohd Hafiz Mohd Hanafiah, Timbalan Rektor Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni & Keusahawanan (iCARE), sebagai simbolik komitmen UiTM Cawangan Selangor dalam memperkukuh pengurusan ruang niaga di kampus.
Satu sesi taklimat kepada peniaga turut diadakan, dan disampaikan oleh wakil Bahagian iCARE, Unit Kesihatan, Polis Bantuan, dan Pengurusan Fasiliti. Taklimat ini bertujuan memberi pencerahan berkenaan garis panduan, syarat operasi, dan pematuhan peraturan dalam pengurusan perniagaan di kampus. Majlis ini diharapkan dapat memperkasakan ekosistem keusahawanan di kampus serta memastikan kelangsungan operasi perniagaan yang lebih teratur dan mampan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat