Majlis Khatam Al-Quran

     

     

    21 Mac 2025 - Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran, sebagai penutup program tadarus yang berlangsung sempena bulan Ramadan, bermula pada 3 Mac 2025 sehingga 20 Mac 2025.

    Program tadarus Al-Quran telah melibatkan lebih 197 orang peserta terdiri daripada staf UCS Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana, Kampus Sungai Buloh dan staf fakulti. Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS yang mengetuai majlis khatam, dan turut menyempurnakan penyerahan cenderamata kepada peserta tadarus.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000