21 Mac 2025 - Majlis Iftar Perdana UiTM Cawangan Selangor telah berjaya dianjurkan bersempena majlis penutup Ihya Ramadan UCS 2025. Majlis anjuran Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor (UCS) ini telah dimeriahkan dengan kehadiran 400 orang staf Kampus Puncak Alam, Kampus Sungai Buloh dan Kampus Puncak Perdana, serta jemputan wakil masjid dan komuniti Puncak Alam.
Majlis iftar dan solat Tarawih berjemaah diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim diantara warga UCS. UCS merakamkan ucapan penghargaan kepada rakan strategik UCS, TRIplc Ventures Sdn. Bhd. atas sumbangan dalam menjayakan majlis ini.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat