25 April 2025 - Sekitar Majlis Perasmian Penutupan Program Kemampanan Adiwangsa UiTM Cawangan Selangor. Para peserta telah menerima Sijil Perakuan Penyertaan daripada Akademi Kenegaraan Malaysia sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka dalam menjayakan program ini.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Akademi Kenegaraan Malaysia atas sokongan padu yang diberikan. Semoga kerjasama ini terus kukuh demi merealisasikan visi Kemampanan Adiwangsa UiTM pada masa akan datang.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat