27 April 2025 - Suasana hari kedua Ekspo Selangkah ke UiTM 2025 turut dimeriahkan dengan kehadiran Rektor dan Timbalan Rektor iCARE, UiTM Cawangan Selangor.
Ekspo kali ini mencatatkan jumlah pengunjung melebihi 13,000 orang yang hadir ke Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program menarik yang ditawarkan oleh fakulti-fakulti di UiTM.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat