4 Mei 2025 - Kursus Pra Perkahwinan Islam Siri 1/2025 telah berlangsung pada 3 dan 4 Mei 2025 di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam melibatkan 144 orang peserta dalam kalangan pelajar. Kursus ini adalah inisiatif dari Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Rafflesia.
Semoga dengan pelaksanaan kursus ini dapat memberi kesedaran dan pendedahan awal kepada para peserta dalam membina sebuah keluarga yang hidup rukun dan menghargai satu sama lain.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat