10 Mei 2025 - Intervensi Zero Iqra’: Menyemai Kecemerlangan Tilawah Al-Quran. Program kolaborasi antara SK Puncak Perdana, Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor dan Persatuan Rakan Masjid telah berlangsung di Surau Alam Suria, Puncak Perdana, dengan fokus membantu murid Tahap 2 memperkukuh kemahiran tilawah Al-Quran.
Seramai 16 orang fasilitator dari Kampus Puncak Alam terlibat menjayakan inisiatif ini. Semoga segala usaha diberkati dan dikurniakan ganjaran oleh Allah SWT.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat