13 Mei 2025 - Majlis Pelancaran Maybank@Campus di UiTM Cawangan Selangor mencatatkan sejarah tersendiri apabila Kampus Puncak Alam menjadi lokasi pertama dan kampus perintis yang menawarkan cawangan Maybank di UiTM.
Maybank@Campus adalah bukti komitmen berterusan UiTM bersama Maybank dalam menyokong aspirasi pendidikan negara serta memupuk literasi kewangan dalam kalangan mahasiswa.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat