Select your language

Program “Entrepreneurship”

 

 

15 Januari 2025 - Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE) dengan kerjasama syarikat Anne Idris Holdings Sdn. Bhd. telah menganjurkan program “Entrepreneurship” Seminar bertujuan mengetengahkan modul yang menerapkan ilmu keusahawanan, menyuntik semangat dan membantu membentuk para pelajar cara mewujudkan dan memperkembangkan perniagaan.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Profesor Dr Mohd Hafiz Mohd Hanafiah, Timbalan Rektor iCARE. Semoga pelaksanaan program ini dapat menarik minat pelajar UCS kepada dunia perniagaan dan keusahawanan, memupuk kefahaman dan kesedaran dalam meningkatkan taraf ekonomi diri, serta membantu pelajar menambah pengetahuan dan kemahiran keusahawanan selain kepakaran bidang yang dipelajari.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000