Select your language

Kunjungan dari Syarikat Chatime, Hello, Lima, Hotbox

 

 

16 Januari 2025 - UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menerima kunjungan daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif WillGroup; Cik Widayu Latiff yang juga merupakan Pengasas Syarikat (Chatime, Hello, LIMA, Hotbox). Kunjungan ini bertujuan membincangkan tentang jalinan serta peluang perniagaan bagi meneruskan lagi kolaborasi perniagaan khususnya di Kampus Puncak Alam.

Kunjungan telah disambut oleh YBRs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abd Rahman, Rektor UCS bersama barisan pengurusan. Kunjungan ini diharap dapat membuka ruang kerjasama strategik di masa hadapan serta menjadi daya penarik pengunjung datang ke kampus dengan kehadiran jenama-jenama terkemuka di Malaysia.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000