Select your language

Dahlia ‘s Women Empowerment Programme (DWEP) 5.0

 

 

18 Januari 2025 - Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Dahlia dan Jawatankuasa Perwakilan Blok (JPB) Sesi 2024/ 2025 sekali lagi berjaya menganjurkan Dahlia ‘s Women Empowerment Programme (DWEP) 5.0 yang bertemakan HERizon: Empowering Women to Reach New Heights. Hadir menyempurnakan perasmian penutup program adalah YB Puan Anfaal Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor, yang disambut oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS.

Program yang telah bermula sejak awal semester ini bertujuan memberi kesedaran kepada golongan muda, terutama mahasiswa UiTM, tentang peranan mereka dalam menghapuskan keganasan dan mengekalkan keharmonian di dalam keluarga serta masyarakat. Program kesedaran ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan lebih 10 ribu orang secara keseluruhan, dari kalangan mahasiswa UiTM Cawangan Selangor dan komuniti di sekitar kampus.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000