Select your language

Program Men's Health Awareness

 

 

19 Januari 2025 - Jawatankuasa Perwakilan Kolej Angsana (JPK) Sesi 2024/2025, Nursing Student Association (NUSA) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah menganjurkan Program Men's Health Awareness. Program diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta akan kepentingan penjagaan kesihatan lelaki.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, dengan diiringi oleh Encik Muhammad Hamdi Othman selaku penasihat program. Usai majlis, Prof Rektor turut berbesar hati mengadakan sesi lawatan ke reruai pameran kesihatan yang mengambil bahagian. Semoga penganjuran program seperti ini dapat diteruskan agar kesedaran tentang kepentingan kesihatan lelaki dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000