15 Mei 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Peringkat Universiti Awam, Hospital Pengajar dan MQA bagi Suku Pertama Tahun 2025 telah berlangsung di UiTM Cawangan Selangor, dengan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim.
Mesyuarat ini diserikan dengan sesi imbas kembali kenangan manis apabila YBhg. Datuk KSU berpeluang menelusuri fail peribadi beliau semasa bergelar pelajar ITM yang berada dalam koleksi Bahagian Arkib Universiti. Bersempena dengan kunjungan ini, turut diadakan lawatan ke Kampus Puncak Alam dan Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat