11 Jun 2025 – Generasi cilik dilatih menjadi insan bertaqwa sejak awal usia. UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menerima kunjungan Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi bagi Program Kembara Ibadah Cilik di Surau Ibnu Sina.
Program yang dianjurkan bersama Unit Hal Ehwal Islam, UCS dan Persatuan Rakan Masjid ini diserikan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti penerangan adab di surau, praktikal wuduk, solat sunat dhuha, sukaneka, gotong-royong dan infaq.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat