12 Jun 2025 – Program Pelancaran Gardenia ‘Fuel Your Success - One Bite At A Time’ telah berjaya diadakan di UiTM Cawangan Selangor dan disempurnakan oleh YBrs. Encik Hirman Awang, Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).
Program jelajah melibatkan 10 institusi pengajian tinggi ini bertujuan memberi inspirasi dan motivasi kepada mahasiswa dalam pelbagai aspek kehidupan universiti seperti pengurusan masa, pengendalian tekanan dan kemahiran komunikasi, menerusi sesi perkongsian bermanfaat bersama figura seni tanah air yang juga merupakan pensyarah UiTM, Najwa Latif.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat