Select your language

Sambutan Ulang Tahun Kesatria ke-49

 

15 Jun 2025 - Sambutan Ulang Tahun Kesatria ke-49 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam telah menyaksikan dua warga UiTM Cawangan Selangor menerima pengiktirafan. Leftenan Muda (PA) Aqilah Mohamad Hasni dianugerahkan Anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulum, manakala Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Dr. Razif Dasiman meraih Anugerah Inovasi Kokurikulum (Kategori Khas).

Kejayaan ini mencerminkan komitmen warga UCS dalam memperkasakan bidang kokurikulum sambil mengekalkan kecemerlangan akademik.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua penerima anugerah.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000