24 Jun 2025 - Majlis Fine Dining PALAPES UiTM Cawangan Selangor menjadi titik bersejarah bagi Pegawai Kadet PALAPES Peringkat Intermediate Batch ke-44 apabila mereka melangkah ke sesi kemuncak Praktikal Etika Meja Makan. Ia bukan sekadar majlis makan malam, tetapi satu simbolik pemantapan nilai disiplin, tatasusila, dan karisma kepimpinan.
Pendedahan ini melengkapkan modul latihan, mencorak sahsiah pemimpin masa depan yang berwibawa dalam majlis rasmi berprestij.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat