Pelaksanaan Penyerahan dan Pengaktifan Kad Prihatin Siswa
di UiTM Cawangan Selangor
KAD PRIHATIN SISWA
Kad Prihatin Siswa (KPS) merupakan cetusan oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK); ini adalah inisiatif untuk memperkasakan mahasiswa menerusi aplikasi e-Wallet yang turut diperkenalkan untuk memberi tawaran istimewa kepada pemegang kad tersebut.
Objektif
- Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT.
- Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.
- Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.
- Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/ keistimewaan/ ganjaran/ promosi kepada pelajar IPT.
Maklumat lanjut berkaitan dengan Pelaksanaan Kad Prihatin Siswa di UiTM boleh ke laman web https://kpsiswa.uitm.edu.my/
Bermula sesi 2022/2023, Kad Prihatin Siswa akan menggantikan Kad Pelajar UiTM (berwarna kuning) secara berfasa. Berikut adalah tarikh penyerahan dan pengaktifan kad yang telah dipersetujui diantara pihak UiTM dengan RHB.
No | UiTM | Tarikh |
---|---|---|
1 | Kampus Puncak Alam | 6 - 14 April 2023 |
2 | Kampus Puncak Perdana | 6 - 12 April 2023 |
3 | Kampus Sungai Buloh / Selayang | 3 - 6 April 2023 |
3 | Kampus Dengkil | 3 - 7 April 2023 |
Nota:(Nota:Sila rujuk Jadual agihan mengikut Fakulti/Kolej Pengajian)
Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Selangor tidak lagi membuat cetakan kad lama (berwarna kuning). Sehubungan itu, pelajar diminta untuk menggunakan Digital ID yang ada pada applikasi MyStudent sehingga dibekalkan dengan Kad Prihatin Siswa nanti.
Sebarang pertanyaan berkaitan Kad Prihatin Siswa ini boleh dimajukan kepada:
Bahagian Infostruktur, Aras 5, Plaza Satelit B (PSB), UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Email : info.ucs@uitm.edu.my
No. Telefon : 03-3258 4554
Aplikasi semakan cetakan Kad Prihatin Siswa (KPS) hanya melibatkan pelajar lama UiTM Cawangan Selangor sahaja.