UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

    Peranan utama unit ini adalah sebagai pusat rujukan UiTM Cawangan Selangor di dalam penyampaian dan penyaluran maklumat melalui saluran rasmi dan media, imej korporat universiti, perhubungan awam dan media serta pengurusan aduan dan penerbitan.
     

    PIAGAM PELANGGAN

    Kami menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, beretika dan berintegriti dan berjanji bahawa;

    • Menerapkan budaya korporat di kalangan warga Pejabat Rektor UiTM Cawangan Selangor.
    • Memastikan dasar, maklumat dan informasi terkini UiTM Cawangan Selangor disebarkan secara efektif melalui saluran rasmi.
    • Memastikan bahan-bahan penerbitan korporat universiti melalui media cetak dan elektronik seragam dan selaras dengan dasar dan imej korporat.
    • Menyeragamkan satu imej korporat yang menampilkan identiti universiti berintensifkan penyelidikan.
    • Memperkukuhkan serta menjalinkan hubungan dua hala dengan media dan masyarakat luar.
    • Memantau isu-isu UiTM khususnya UiTM Cawangan Selangor yang terkandung di dalam media massa.
    • Menyelaras aduan-aduan diterima dalam tempoh masa yang ditetapkan.
    • Membuat hebahan maklumat aktiviti yang diterima daripada pihak penganjur sekurang-kurangnya 3 hari sebelum program dijalankan kepada kumpulan sasar.
    • Memberi layanan yang mesra kepada warga kampus, media dan pihak luar.

     

     

    • Merancang pelan komunikasi, promosi serta publisiti segala aktiviti dan hal-ehwal korporat univerisiti untuk meningkatkan reputasi dan memperkukuhkan identiti dan imej UiTM Cawangan Selangor.
    • Menguruskan aspek perhubungan awam universiti yang merangkumi hubungan media dan hubungan antara jabatan/agensi.
    • Memantau, mengurus dan menyelaras maklumbalas aduan pelanggan dan cadangan yang diterima (akhbar, surat, laman web, e-aduan, media-media sosial, hadir sendiri) bagi memastikan sistem pengurusan aduan yang efektif dan efisien.
    • Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap program dan majlis rasmi UiTM Cawangan Selangor melalui penerbitan, laporan tahunan, rakaman foto dan video bagi tujuan edaran dan rujukan pihak awam dan media
    • Sekretariat perhubungan kepada majlis-majlis rasmi universiti, majlis-majlis bersama jabatan/agensi dan majlis korporat.

     

     


    Borang-Borang Perkhidmatan Unit Komunikasi Korporat

    1

     Permohonan Permit Iklan Sementara [ Infografik ] Download ]

    2

     Permohonan Jurufoto [ Infografik ]  [ Download ]

    3

     Aduan dan Maklumbalas [ Infografik ]  [ Download ]

    4

     Permohonan Khidmat Majlis [ Infografik ]  [ Download ]

    5

     Permohonan Memuat Naik Iklan Hebahan [ Infografik ]  [ Download ]

    6

     Permohonan Reka Bentuk Grafik [ Infografik ]  [ Download ]

    7

     Permohonan Cenderamata [ Infografik ]  [ Download ]
    NAMA JAWATAN NO. TELEFON NO. FAKS
    Ismayaza Binti Noh Koordinator 603 3258 4078 603 3258 4019
    Rosly Bin Mahmood Pereka  603 3258 7852
    Mohamad Lotfi Baharuddin Penolong Pereka Tertinggi 603 3258 4901
    Sharizan Bin Zulkepli Pegawai Eksekutif 603 3258 7851
    Norariza Binti Mohd Noor Pembantu Penerbitan Kanan 603 3258 4033
    Roslini Binti Haji Mustaffa Pegawai Khidmat Pelangan Kanan 603 3258 4000
    Jamilah Binti Yaman Shah Pegawai Khidmat Pelanggan Kanan 603 3258 4000
    Harina Binti Mohd Nasir Pegawai Khidmat Pelanggan Kanan 603 7962 2000
    Nor Tazada Binti Nordin Pegawai Khidmat Pelanggan 603 7962 2000

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000