Program ‘Hot Chocolate Research Talk ‘ - 1st Series

    1 Jun 2022 - Program Hot Chocolate Research Talk Siri 1 ini dilakukan secara santai pada 1 Jun 2022 secara objektifnya dapat memberi ruang perkenalan antara para penyelidik bagi mengatur strategi kolaborasi. Selain itu, program ini dapat membantu para penyelidik menyiapkan penulisan kertas cadangan penyelidikan mengikut bidang tujahan yang disasarkan untuk dipohon bagi memenangi geran penyelidikan. Pencapaian matlamat universiti ke arah pemetaan dunia melalui inovasi produk penyelidikan yang diketengahkan (UiTM Globally Renowned University, UiTM in the World Map) ini juga dapat menghasilkan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi bagi tujuan penerbitan dan untuk kesinambungan penyelidikan tersebut sebagai bidang tujahan kekal di UCS.

    Bahagian Penyelidikan dan Inovasi menyediakan perbincangan ilmiah kepada para penyelidik dari pelbagai bidang kepakaran ke arah merintis kerjasama penyelidikan, penulisan kertas kerja bagi permohonan geran penyelidikan dan menghasilkan penerbitan berimpak tinggi dalam bidang tujahan yang disasarkan ke arah GRU 2025.

    Yang Berbahagia Prof Dato Dr Mohd Zaki Salleh, ada menerangkan tentang sejarah pemilihan research road map. Beliau juga menekankan kelebihan halatuju kerjaya sebagai pensyarah dan penyelidik - setiap kelebihan dan peluang kerjaya yang sangat terbuka.

    Prof. Dr Teh Lay Kek turut menerangkan peranan Research Manager untuk memantau dan mengawalatur operasi penyelidikan iPROMISE. Pada awal penubuhan iPROMISE. pasukan beliau tidak putus-putus menyediakan kertas kerja bagi permohonan bidang-bidang penyelidikan yang berpotensi tinggi. Prof Dr Teh Lay Kek juga menyatakan pemilihan instrument yang tepat adalah penting. Pada masa itu dana peruntukan pada masa itu digunakan untuk pembelian 2 mesin LCMS- QTOF dan sequencing machines adalah sangat tepat kerana ianya memenuhi permintaan penyelidikan, kemenangan geran-geran besar dan perkhidmatan. Beliau meramalkan penyelidikan terkini untuk diceburi adalah Precision Education, dan juga food security.

    Hasil penerbitan yang berkualiti diharapkan dapat mengangkat kepakaran dan visibiliti para penyelidik mengikut bidang penyelidikan yang dipelopori.

    Program ini dapat memperkasakan para penyelidik dalam mengetengahkan pencapaian penyelidikan yang berimpak tinggi yang selari dengan bidang-bidang tujahan UCS dibawah kampus berorientasikan penyelidikan, inovasi, pengkomersilan dan komuniti masyarakat. Kekuatan kepakaran para penyelidik akan dapat meningkatkan jumlah penerbitan hasil daripada penyelidikan yang dirangka melalui sesi ini.

     

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000