Sambutan Hari Kebangsaan UiTM Cawangan Selangor (MERDEKA @ CADAMBA UCS)

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-65 tahun ini telah dimeriahkan dengan program pendakian Merdeka@Cadamba UCS 2022 di Bukit Cadamba yang telah disertai 60 peserta dari pelbagai PTJ di UiTM Cawangan Selangor. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Pejabat Polis Bantuan UCS. Kemuncak acara adalah dengan meletakkan Jalur Gemilang di puncak Bukit Cadamba sebagai simbolik kemerdekaan pada tahun ini. Terima kasih kepada YBhg. Profesor Dr. Ahmad Sazali Hamzah, Rektor UCS kerana sudi menyempurnakan program kemerdekaan dan Tahniah juga kepada para peserta yang berjaya menamatkan pendakian! MERDEKA!!

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000