UiTM Cawangan Selangor Kampus UiTM Pertama Dilamar Nando's Malaysia

    Puncak Alam, 10 Mac 2023 – Pertemuan kali pertama yang diaturkan oleh Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor (UCS) diantara Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Selangor (UCS) dengan wakil dari Nando’s Malaysia telah berjalan lancar hari ini. UCS amat berbesar hati kerana dipilih menjadi kampus UiTM pertama yang dilamar oleh Nando’s Malaysia untuk bekerjasama dalam agenda inisiatif korporat syarikat tersebut untuk mendekati masyarakat setempat sempena pembukaan outlet terbaru restoran tersebut di Eco Grandeur, Puncak Alam.

    Dalam perbincangan tersebut, Nando’s telah meyuarakan hasrat untuk turut serta dan menjadi penaja dalam pelbagai program dan acara anjuran UCS pada masa akan datang. Wakil pemarasan Nando’s, Lim Meng Hooi dalam pembentangannya telah menerangkan program komuniti yang telah mereka jalankan sebelum ini. Kerjasama ini selari dengan Nilai Sinergi UiTM yang akan saling berkerjasama rapat untuk memaksimumkan produktiviti yang memberi manfaat sama ada kepada industri dan juga kepada masyarakat.

    Turut hadir dalam perbincangan bersama wakil Nando’s tersebut ialah Timbalan Rektor (HEP), Dr Badrul Isa, Dr Firdaus Ahmad Fauzi, Pengetua Kolej Dahlia dan Puan Nor Azyyati Md Saad, Koordinator Komunikasi Korporat UCS. Semoga usahasama ini dapat dijalankan dengan jayanya dan membawa manfaat khususnya kepada pelajar UCS dan seluruh warga UCS amnya.

    Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000